ROMPIN. 07 Mei 2021 – Hanya beberapa isyarat tangan yang mampu ditunjukkan oleh Puan Saie Binti Adon kepada Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin. Emak saya ucapkan terima kasih, tutur anak Puan Saie yang turut tinggal serumah bersama ibunya. Begitulah serba sedikit antara suasana sewaktu lawatan oleh Pengurus MUIP Rompin ke rumah Puan Saie Binti Adon, seorang asnaf OKU bisu yang menerima bantuan baikpulih rumah dari MUIP.

MUIP Cawangan Rompin telah menyelesaikan baikpulih rumah Puan Saie dimana keseluruhan bahagian bumbung rumahnya yang berada dalam keadaan yang sangat dhaif dan uzur telah digantikan kepada bumbung yang baharu, ketika bulan Ramadhan 1442H berbaki kurang dari seminggu sebelum perayaan Aidilfitri menjelang tiba. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat asnaf berkenaan, beserta anaknya dan empat orang cucunya yang turut tinggal bersamanya di rumah berkenaan, disamping memberi keceriaan dan kegembiraan kepada mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.