ROMPIN. 21 April 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyiapkan baikpulih sebuah lagi rumah asnaf di Kampung Perepat iaitu rumah Puan Rohana Binti Othman. Beliau telah menerima bantuan untuk menggantikan atap rumah yang mana sebahagian besar atap di bahagian hadapan rumah beliau berada dalam keadaan yang sangat dhaif dan uzur. Semoga bantuan yang diberi ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat serta keselamatan kepada penerima sekeluarga.