ROMPIN. 21 April 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyiapkan baikpulih sebuah rumah asnaf di Kampung Perepat iaitu rumah Encik Mohtar Bin Ahmad Suri. Beliau telah menerima bantuan untuk membaikpulih bahagian atap rumah beliau yang mana keseluruhan bahagian atap rumah beliau berada dalam keadaan yang sangat dhaif dan uzur. Semoga bantuan yang diberi ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat serta keselamatan kepada penerima sekeluarga.