BERA. 03 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menerima laporan dari pihak Pejabat Penghulu serta Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Kampung Kerayong berkaitan kes beberapa buah rumah di pukul ribut pada hari jumaat jam 8.00 malam. Lantaran dari kejadian itu, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Cawangan Bera telah pergi menziarahi ke rumah-rumah mangsa bagi mengenalpasti kerosakan serta mendapatkan beberapa maklumat untuk disalurkan bantuan selanjutnya.