TEMERLOH. 06 April 2021 – Agihan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir daerah Temerloh siri 3 tahun 2021 telah diagihkan kepada mangsa banjir pada hari ini seawal pagi hari yang di buat serahan oleh Pegawai Muip Cawangan Daerah Temerloh.

Agihan bantuan ini melibstkan 3 Mukim iaitu Mukim Jenderak 2 melibatkan 78 Keluarga, sebahagian dari Mukim Lebak seramai 42 keluarga dan sebahagian dari Mukim Kerdau seramai 12 keluarga. Penerima di Kumpulkan di Dewan terbuka dan balairaya bagi setiap mukim.

Agihan bantuan telah telah mendapat kerjasama yang baik dari penghulu mukim dan jawatankuasa kampung yang membantu memaklumkan kepada penerima untuk hadir berkumpul di tempat yang telah di tetapkan bagi menrima bantuan dari Muip. Setiap keluarga menerima wang tunai Rm 300.00 bagi setiap keluarga.

Penerima merupakan mangsa banjir yang berpindah di PPS sewaktu banjir melanda dan pihak Muip telah mendapatkan senarai nama mangsa yang terjejas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM).

Semoga dengan sumbangan keewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa mangsa yang terjejas dengan bencana banjir pada januari yang lalu.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemeroh #banjir2021