KUALA LIPIS. 15 Ogos 2020 – Bermula jam 12 tengahari,MUIP Lipis dan urusetia program bergerak masuk ke Kampung Sagung di Pos Betau,Lipis.
Dalam 4 buah kenderaan pacuan 4 roda beserta 5 motorsikal meredahi jalan kampung yang agak sukar dan mengambil sedikit masa untuk sampai ke destinasi.
Pada jam 2.00 petang kumpulan urusetia dan MUIP tiba di lokasi perkampungan dan disambut oleh tok batin kampung tersebut.
Dimulai dengan gotong royong memasak bersama penduduk dan acara sepak takraw dipertandingkan.
Pada sebelah petang,diadakan sukaneka dan antara acara yang disediakan ialah bowlling kelapa,belon kasih sayang dan tiup belon.
Kami bersyukur kerana penduduk-penduduk dan batin Kampung Sagung menerima kunjungan kami dengan baik dan layanan yang diberikan cukup memuaskan.
Acara terakhir adalah penyampaian hadiah pertandingan yang diserahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP cawangan Lipis.