ROMPIN. 20 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengagihkan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar di SMA Rompin. Seramai 454 orang pelajar di sekolah berkenaan telah menerima bantuan zakat yang berjumlah RM 45,400 secara keseluruhannya. Proses agihan zakat kepada pelajar-pelajar di sekolah berkenaan telah dilakukan oleh para pegawai dari MUIP Cawangan Daerah Rompin di kelas masing-masing, diiringi oleh guru-guru dari sekolah berkenaan. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan para pelajar sekolah berkenaan disamping menyuntik moral dan semangat mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.