KUANTAN. 18 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan dengan kerjasama PERKIM Pahang dan Kelas Bimbingan Muallaf dibawah MUIP Kuantan (Mawaddah) telah mengadakan kursus Pengurusan Jenazah untuk saudara-saudara baharu muallaf. Kursus ini telah diadakan di Dewan Masjid Tepian Putra, Kuantan.

Tujuan utama kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kaedah pengurusan jenazah yang tepat dan menepati sunnah kepada mualaf. Pengisian kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Kursus ini dikendalikan oleh Ust Muhammad Hafidz bin Abdul Halim, PHEI MUIP Cawangan Pekan dan Ustazah Norhayati bin Ibrahim.

Seramai 80 orang saudara baharu muallaf telah hadir ke seminar ini. Seminar ini telah berjalan dengan jayanya.