KUANTAN. 07 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan dengan kerjasama pihak Pejabat Penghulu Beserah dan Jkkk Kampung Batu Hitam, Kuantan telah melaksanakan program jejak asnaf di sekitar kawasan Kampung Batu Hitam.

Program ini bertujuan mengenalpasti asnaf dari golongan fakir dan miskin yang berada di kawasan kg. Batu Hitam. Menjejaki asnaf ini adalah untuk diberikan bantuan zakat yang selayaknya bagi mereka berdasarkan skim-skim yang telah ditetapkan oleh MUIP.

Antara pengisian dalam program ini adalah ziarah dari rumah ke rumah dan setiap daripada mereka telah diberi bantuan awal berbentuk keperluan makanan asas. Program ini telah dijalankan dengan jayanya.