MARAN. 14 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Maran telak melaksanakan program jejak asnaf di Kampung Berkat Maran. Program Jejak Asnaf kali ini MUIP Cawangan Maran telah menjejaki golongan asnaf sebanyak 30 buah rumah yang telah dikenalpasti.

Tujuan program jejak asnaf ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekati serta ingin melihat keadaan golongan asnaf itu senderi dengan lebih dekat lagi. Setelah melihat golongan asnaf ini, kami dapati berbagai masalah yang mereka hadapi diantarnya ialah masalah pendapatan untuk menampung keperluan hidup, sakit, rumah yang uzur dan lain-lain lagi.

Program Jejak Asnaf kali ini bekerjasama dengan unit Fakir Miskin di HQ, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran, turut hadir Al-Fadhil Qadhi Maran Tuan Hj Nik Ibrahim bin Nik Abdullah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran, Pengerusi dan Ahli jawatankuasa Keselamatan (JKKK) Kampung Berkat, Amil Zakat Ust Mohd Nor bin Mat serta bersama dengan MUIP Cawangan Jerantut dan MUIP Cawangan Jengka.

Program Jejak Asnaf ini berjalan dengan jayanya sebagaimana objektif yang telah ditetapkan.