TEMERLOH. 21 September 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengadakan kerjasama bersama MYNIC iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi mengendalikan kursus penggunaan aplikasi di media sosial dalam memacu perniagaan usahawan asnaf. Penyertaan melibatkan 20 peniaga terpilih bantuan MUIP seluruh Pahang.

Tujuan dan matlamat utama melibatkan mereka menceburi pemasaraan atas talian adalah boleh mendekatkan produk kepada sasaran pelanggan dengan cara mudah dan berkesan. Hal ini juga sebagai langkah meraikan kehendak pelanggan yang meluas kerana pasaran atas talian bukanlah mereka di radius sekeliling sahaja bahkan sasaran pelanggan boleh ke tahap pasaran antarabangsa.

Penggunaan media sosial sebagai medium perniaagn juga membuka langkah bagi memperluaskan kehendak dan citarasa pelanggan terhadap produk tradisional yang bukan sahaja hanya boleh didapati pada musim-musim tertentu. Ia juga dapat mengubah habit pengunaan telefon bimbit daripada ”cache” penggunaannya untuk berhibur kepada medium utama pemasaran secara digital tanpa kos seperti sewaan premis, upah pekerja dan kelengkapan premis.

Selain berupaya dalam meningkatkan produktiviti jualan, peniaga didedahkan dengan variasi dan kepelbagaian dalam strategi penjualan produk. Justeru, diharap peniaga-peniaga asnaf dapat meraih impak positif terhadap jualan mereka.