RAUB. 22 September 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Pahang Cawangan Raub dengan kerjasama Pengerusi JKK dan Amil kawasan tersebut telah melaksanakan Program Jejak Asnaf siri 4 bagi tahun 2020 di kampung Temau, Raub bagi menyalurkan bantuan zakat kepada asnaf yang layak. Program ini antara pendekatan turun padang bagi menyantuni golongan asnaf dan melihat sendiri keperluan asnaf tersebut. Program berkala ini akan sentiasa diteruskan bagi memastikan golongan asnaf terbela.