JENGKA. 03 September 2020 – Tinjauan para usahawan asnaf kali ini tertumpu kepada peniaga-peniaga dari daerah Jengka. Adakah perniagaan mereka masih aktif atau bertukar bidang yang yang tiada kaitan langsung dengan bantuan MUIP? Perkara yang dijadikan isu ini dapat dirungkai yakni keberkesanan kepada bantuan peralatan modal dan kursus yang diberikan kepada mereka dapat diadaptasi dengan baik.

Pemantauan ini diketuai Penolong Pegawai Tadbir unit Pembangunan Asnaf, Encik Muhammad Naqib bin Abd Razak dibantu Encik Muhammad Hafizuddin bin Mansor serta wakil dari daerah Jengka, Mohamed Hafizan bin abdul Hamed. Ternyata berkat dalam usaha tanpa putus asa para peniaga telah menyumbang kepada pendapatan sekeluarga. Mereka masih mampu untuk tampung kos dan perbelanjaan harian walaupun didalam ketidaktentuan ekonomi ketika negara masih di frasa pemulihan wabak covid 19.

Mereka mampu meraih hasil memuaskan dengan bekalan kursus kemahiran, bengkel pengurusan niaga serta peralatan berniaga. Input yang diperoleh dijadikan perantara dalam menjana ekonomi rumahtangga. Kepelbagaian strategi serta inovasi dalam menghasilkan produk telah menjadikan urusniaga seperti ‘COD’ , dropshiping, serta ejen bagi produk-produk sediaada sebagai dapatan yang mampu menanggung hasil bulanan mereka.

Program pemantauan ini akan dilaksanakan lebih kerap bagi meningkatkan pembangunan ekonomi asnaf MUIP. Sikap tidak putus asa harus menjadi usahawan contoh kepada penerima bantuan yang lain. Komitmen yang tinggi terhadap perniagaan dan janaan pendapatan yang konsisten diharap mampu menjadi modul ‘penerima zakat kpd pembayar zakat’.