BERA. 27 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan juga Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jakim telah manjayakan majlis akad nikah saudara baharu dari pasangan pengantin masyarakat orang asli Pelawan. Majlis tersebut dihadiri seramai 70 orang melibatkan beberapa perkampungan orang asli yang berhampiran. Majlis tersebut diraikan dengan sedikit jamuan pada sebelah petang dan di sebelah malamnya diadakan bacaan yasin dan tahlil. Program berakhir pada jam 9.30 malam.