BERA. 16 Julai 2020 – MUIP Cawangan Bera telah menganjurkan Program Jejak Asnaf siri yang ke-2 bagi tahun 2020. Program pada siri yang ke-2 ini telah di adakan di Kampung Bohor Baharu Daerah Bera. Program ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada Ketua Kampung Bohor Baharu iaitu Encik Mohd Yusoh Bin Ibrahim, turut serta Amil Fitrah Ustaz Ahmad Shukri Bin Hamzah dan juga ahli jawatankuasa Kampung Bohor Baharu. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah ziarah rumah ke rumah asnaf serta pemberian sumbangan barangan makanan (hamper fidyah). Sebanyak 20 buah rumah asnaf telah berjaya dijejaki. Status asnaf yang telah dijejaki mempunyai masalah kesihatan antaranya sakit tua, masalah pendengaran, oku dan sebagainya. Program ini telah mendapat kerjasama serta sambutan yang baik dikalangan asnaf serta penduduk setempat di Kampung tersebut.