TEMERLOH. 27 Julai 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi serta menghulurkan bantuan hamper makanan asas dan wang tunai kepada mangsa kebakaran dan ribut di 2 lokasi berlainan. Kebakaran rumah yang melibatkan 1 keluarga di Kampung Paya taram, kerdau Temerloh pada ahad 26 Julai 2020 iaitu rumah En Ishak bin Awalludin. Pada jam 9.30 malam, kebakaran tersebut telah memusnahkan hamper keseluruhan ruang di dalam rumah yangmana anggaran kerugian melebihi Rm 80 ribu ringgit. Manakala satu kejadian lagi terjadi di Kampung Tengah Temerloh yang melibatkan buah rumah di hempap pokok besar dalam kejadian ribut pada petang ahad. Kesan daripada bencana tersebut, sebahagian rumah En Juhari bin Baki rosak teruk dan anggaran kerugian sekitar Rm 40 ribu ringgit.Bantuan di sampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh serta bantuan dari Agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Semoga dengan sedikit sumbangan keewangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa sekeluarga.