BERA. 06 Ogos 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi serta menyerahkan bantuan bencana RM 200 kepada 5 pemilik rumah yang terlibat dengan bencana ribut. Kejadian ribut tersebut telah berlaku pada 22/07/2020 (rabu) jam 06:30 petang. Angin yang kuat diikuti hujan yang lebat telah memusnahkan sebahagian daripada bumbung rumah mereka. Antara kampung yang terlibat iaitu Kampung Muhibbah Kemayan Bera dan Felda Bukit Mendi Triang Bera.