KUANTAN. 23 Julai 2020 – Tinjauan para usahawan asnaf di daerah Kuantan menampakkan tren positif bagi pendapatan mereka. Mereka masih mampu untuk tampung kos dan perbelanjaan harian walaupun didalam ketidaktentuan ekonomi ketika negara masih di frasa pemulihan wabak covid 19.

Mereka mampu meraih hasil memuaskan dengan bekalan kursus kemahiran, bengkel pengurusan niaga serta peralatan berniaga. Input yang diperoleh dijadikan peranta dalam menjana ekonomi rumahtangga. Kepelbagaian strategi serta inovasi dalam menghasilkan produk telah menjadikan urusniaga seperti ‘COD’ , dropshiping, serta ejen bagi produk-produk sediaada sebagai dapatan yang mampu menanggung hasil bulanan mereka.

Sikap tidak putus asa harus menjadi usahawan contoh kepada penerima bantuan yang lain. Komitmen yang tinggi terhadap perniagaan dan janaan pendapatan yang konsisten diharap mampu menjadi modul ‘penerima zakat kpd pembayar zakat’.