MUADZAM SHAH. 01 Julai 2020 – Sebuah bandar yang terkenal dengan pembangunan sukan woodball serta sektor produk tenusu negara iaitu FarmFresh, Muadzam Shah kini bergerak membangun dengan penduduknya sendiri menyumbang kerah sebagai tenaga kerja utama disini. Pembangunan separa dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendorong usahawan kecil MUIP untuk mencuri peluang dalam menjana pendapatan secara konsisten.
Perniagaan berasaskan produk kering, produk sejuk beku serta penghasilan kek dan roti sangat releven bagi mereka untuk melangkah lebih jauh. Potensi produk mereka jelas disambut meriah oleh pelanggan tetap tidak mengira usia. Ada juga mereka yang tidak putus tempahannya dari pagi sampai petang. Dasyat juga penangan ‘COD’ sekarang ni. Tidak kurang juga bagi peniaga kuih muih, kurang 3 jam pasti habis licin disebabkan lokasi niaga dan bijak mencari sasaran pelanggannya.
Selagi boleh berusaha, selagi itu punca rezeki masih mampu terjana. Kemajuan teknologi komunikasi mendorong mereka untuk dapatkan tempahan lebih mudah melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp. Aplikasi di peranti telefon bimbit ini ternyata memudahkan urusan pelanggan dan peniaga. Diharap tidak putus usaha bagi para usahawan asnaf ini untuk lebih maju kelak.