TEMERLOH. 16 Jun 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Tahunan Muallaf dan Fakir Miskin di Perkampungan Orang Asli Kuala krau Temerloh pada Selasa. Kampung orang asli tersebut adalah, KOA Pian, KOA Lubok Wong , KOA Pasu dan KOA Penderas. Agihan dibuat di Surau kampung tersebut kepada penerima dengan mengikut sop yang telah ditetapkan ekoran penularan wabak Covid 19 dan masih lagi berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ). Jumlah penerima bantuan tahunan muallaf bagi semua kampung tersebut adalah seramai 46 orang yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM 17, 300.00 manakala bagi penerima bantuan tahunan fakir miskin adalah seramai 45 keluarga dengan peruntukan sebanyak RM 22, 800.00. Bagi penerima bantuan tahunan fakir miskin, mereka juga di beri bantuan tambahan sebanyak RM 200.00 bagi setiap keluarga iaitu bantuan Covid 19 yang melibatkan peruntukan RM 9000.00. Bantuan tersebut dapat diagihkan kepada penerima selepas hari raya Aidilfitri ekoran perintah kawalan pergerakan dan semua penerima terharu dan bersyukur diatas bantuan yang telah mereka terima. Semoga dengan bantuan tersebut, sedikit sebanyak dapatlah mereka menyara keluarga ketika mana negara masih berdepan dengan wabak CoVid 19.