TEMERLOH. 18 Jun 2020 – En Ahmad Izuddin bin Abdullah dari Kampung Chengal, Temerloh dan En Widra bin Abu Hanifah dari Kampung Bangau Tanjung Temerloh mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat Peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada khamis. En Izuddin mempunyai tanggungan yang ramai dan kesemua anak anaknya masih bersekolah, berniaga kecil kecilan bagi menampung sara hidup keluarga. Pihak MUIP telah memuluskan bantuan peralatan yang di pohonya iaitu 1 unit Flour Mixer, Mee Machine, Butterfly Stand Mixer dan Butterfly Mixer yang berjumlah Rm 3 200.00. Manakala En Widra juga mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah dan sumber pendapatan keluarga hanyalah dari hasil berniaga kecil kecilan. Beliau menerima bantuan berupa 1 unit Deck Try Oven, 1 unit 2B Tier Tables, Sealer Machine dan Tier Stand 3 yang berjumlah Rm 3 000.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu mereka sekeluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.