TEMERLOH. 09 Jun 2020 – Puan Roslilawati bin Mustapha dari Kampung Paya Jauh dan Encik Mohd Heesham bin Mat Yeh dari Kampung Jambu Rias Temerloh, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di atas sumbangan bantuan zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada Selasa. Antara barang peralatan yang diluluskan kepada puan Roslilawati adalah berupa Sebuah Mesin jahit lurus industri yang bernilai RM 1700.00. Manakala En. Heesham telah menerima bantuan sebuah peti Chiller dan peti sejuk beku yang bernilai RM 2000.00 Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu mereka dan keluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.