CAMERON HIGHLANDS. 27 Mac 2020 – MUIP Cameron Highlands telah diberi ruang untuk menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk asli yang terputus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid19. Sumbangan berupa barang asas seperti beras, tepung, gula dan pelbagai lagi telah dihantar ke beberapa buah kampung yang terjejas. Sebanyak 37 hamper telah dihantar ke KOA Sungai Loon, 32 hamper KOA Telimau dan 60 hamper lagi di KOA Lemoi. Bekalan ini sememangnya diperlukan bagi penduduk yang berada di pedalaman dan dalam situasi kawalan pergerakan.