KUANTAN. 06 Mac 2020 – Karnival ini julung kali diadakan di Kuantan selepas penganjuran pertamanya di Shah Alam. Sambutan dan galakan pengunjung sangat memuaskan ditambah lagi dengan vendor dan kiosk makanan disertai oleh produk kendalian artis-artis tanahair.

Karnival yang dinamakan ‘Havoc Food Festival’ ini menyajikan pelbagai makanan dan juadah menarik sebagai garapan pengunjung seperti burger gergasi, durian crepe, oden, bingsu, corndog, kambing bakar, bomboloni dan lain-lain lagi. Tidak kurang pula gerai usahawan asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pertaruhkan jualan produk makanan tradisional seperti bahulu, rempeyek, kuih bawang serta rempeyek dan kerepek pisang.

Karnival jualan seperti ini dapat memperkenal kepada masyarakat tentang wujudnya produk-produk keluaran asnaf yang boleh dipandang tinggi dalam pasaran domestik. Ianya juga dapat melatih peniaga untuk mencari pasaran atau pelanggan dari pelbagai kelompok masyarakat dan citarasa.