ROMPIN. 12 Mac 2020 – Jelajah kali ini diteruskan ke daerah Rompin dengan beberapa usahawan yang lahirnya dari penerima bantuan modal dan peralatan dikenalpasti aktif dalam perniagaan mereka. Pelbagai variasi dan inovasi produk menjadikan jualan mereka ada daya tarikan yang tersendiri.

Sumbangan tabung zakat ini menjadi suntikan atau dorongan untuk maju dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain menjana pendapatan untuk tampung kos sara hidup, ia juga sedikit sebanyak menjadi sumber aspirasi kepada penerima asnaf yang lain untuk berusaha lebih gigih dan berdisiplin dalam berniaga.

Produk yang ada kualiti seperti kuih tradisional, makanan sejuk beku, roti dan pempastrian diharap mampu dijadikan modul utama untuk luaskan pasaran ke seluruh negeri pahang khususnya. Dengan harapan tinggi, semoga usahawan asnaf ini mampu bersaing lebih jauh dengan peniaga usahwan kecil sederhana (iks) lain di luar sana.